*HideousMonologue*
Kalau kau perempuan
Ayuh menjadi wanita sempurna!
Baik
pertama;
Kalau kau perempuan
Kau perlu cantik
Kulitmu harus gebu
putih dan anjal.
Jerawat?
Tidak!
kau tak dibenarkan tumbuh
walau sebiji
dan sekiranya itu yang terjadi
genderang peperangan;
harus dimulai.
Kedua,
Ya kau dilahir
untuk tarik perhatian lelaki
maka baju yang dipakai
harus
Ketat, padat dan sendat
hingga mampu menyesakkan nafas
tubuhmu harus
ditunjuki
barulah mereka ketahui
bahawa
inilah kecantikan asli
ketiga,
Luaran adalah
segala-galanya
kerana kita dinilai dari pandang yang pertama.
Maka
wajah harus sentiasa dioles warna
tak kisahlah hingga merosakkan muka
asal cantik
dipandang sentiasa.
Duit memang bukan segalanya
maka tak kisahlah
berapa nilainya
laburkan!
hingga satu sen pun tiada,
biar papa
walau kedana
kerana natijahnya
kau akan cantik
muda sentiasa
Keempat,
Ayuh besarkan mata yang ada
Palsukan segala tak sempurna
Kayakan industri cantik dunia
Percayakan kata mereka
wajahmu tak cukup indah di arus masa
ini pelentik mata ajaib
guna hanya satu hari
maka lentik seinci
Apa
Tak cukup tinggi?
nah, ini alat peninggi palsu
sarungkan pada dua belah kakimu
Sakit?
Tak selesa?
Tahan, sedikit sahaja
apalah nak diukur dengan nilai 'like'
yang diterima
Pujian adalah kayu ukur paling utama
tiga bintang
lima bintang
semakin banyak diterima
semakin tinggi nilaian kita
Cantik;
Hipotesis;
Kitab apa kau guna?
Kawasaki
6/5/14
Nazuha Lee
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar
mereka beribadah kepada-Ku."
(Qs. 51 : 56)
"Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging.
Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak
pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.
(HR Bukhari dan Muslim)
